Sunday, July 6, 2008

Updated Kemaman Mushroom


Assalamualaikum salam sejahtera.
Pertamanya maaf kepada semua pasal lama tak up date blog, terlalu bz dgn tugas harian dan perkeretaan hehehe pranggggGGGGggggg. Terlalu banyak yg nk diceritakan sampai tak tau ape yg nk ditulis hehe. Alhamdulillah hasil telah boleh dilihat dan telah pun dijual kepada teman² dan kedai makan yg biasa saya lepak (Restoren sri nara kemaman). Setiap hasil tuaian habis dijual dan kebanyakanya ditempah sebenarnya kerana pengeluaran Kemaman Mushroom tidaklah sebesar mana, maklumlah pilot projek.....ni lunch karang balik petik ni member nk juga ari ni.
Dari pemantauan selama ini faktor yang paling penting jika melakukan tanaman ini di dalam rumah (Rumah Batu) adalah airrrrrrrrrrrr hehehe mana² pun air kan? tp dlm umah batu yg quite open di tengah padang tanpa pokok² mcm rumah saya ni mmg air sgt penting. Siraman "mist" (manual je) tidak cukup walaupun lantai di basahkan. Masa ni cendawan yg keluar menjadi kekuningan dan kecut berut kata org trg huhu. Dari nasihat seorang rakan, saya mencuba dgn cara lain iaitu siraman terus di celah² bongkah bagi menyejukan bongkah namun masih mengekalkan basahan lantai dan semburan. Alhamdulillah cendawan yg kuar sihat² gebu² mcm cukup makan cukup minum hehehe.
Setiap malam net hitam dibahagian tingkap saya buka bagi membenarkan lebih udara dan angin yg sejuk dari luar masuk ke bilik xperimen saya hehe. Seminggu ni plak hujan bleh dikatakan setiap malam, betulah kata org tua² bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Memang cantik cendawan selepas hujan.
Kemaman Mushroom mmg ingin menghasilkan bongkah sendiri tp kerana masa kan comitment terhadap keje dan family dan perkeretaan, persukanan hehehe masih terbantut lg nampaknya. Walau bagaimanapun pembelaan cendawan secara kecil²an akan diteruskan. Saya telah pun menempah lg 200 bongkah dr cendawan timur bagi meneruskan kesinambungan cendawan di rumah saya hehehe mcm sasterawan la plok!

OK lah banyak nk tulis tp masa keje ni hehehehe....lu pk la sendiriiiii nabilllllllll huhu

Ada yang dh besar ada yg masih kecik ade yang baru kepala mancis mcm² ada........hehehehehe

Lone ranger tp tebal.....aci tak petik satu² yg besar amik yg kecil tinggal dulu? otai tulun jawab

Nyam³.............


Ini yang diperam tanpa penutup peram nampak kertas tu?Banyak juga cendawan yang tembak keluar melalui kertas so jgn tebal² hanya selapis shj.

Tiles inilah yg membantu menampung air max. 2 hari, ari tu balik kg 4 ari,kering cendawan i u.




Wah....kelabunye ko...patutla nama ko cendawan tiram kelabu huhuhu


Jeng²....inilah packing Kemaman Mushroom, kedap udara dan angin di dalam dibuang hehehe

Sunday, May 25, 2008

KUNJUNGAN KE CENDAWAN TIMUR

Salam semua...24/05/2008 aku berkunjung ke cendawan timur untuk mengambil 200 bongkah yg aku tempah minggu lepas, oleh kerana aku tak tahu mcm mana nk ke tapak cendawan timur sendiri aku dan en. faizal berjumpa di wakaf che yeh tempat ni mmg aku khatam la 3 thn aku blajo kt KB sinila tempat aku cari sluar bundle aku dulu huhuhu. Aku sempat melihat tempat begging,penyimpanan habuk kayu dan bangsal cendawan timur. Dari perbualan kami yang panjang lebar banyak pengetahuan baru yang aku dapat dr en. faizal dari cendawan, penjagaan sampailah ke bahan mentah.
Agak tidak bernasib baik hari itu, kerana tiada photo yg dpt dirakamkan kerana kamera kehabisan bateri, nanti aku upload gambar bongkah dari cendawan timur.


Yang Bawah Bongkah Cendawan Timur Yang Atas Bongkah Chini Agro. InsyaAllah Yang Sebelah Belakang Tu Nanti Akan Diisi Dengan Bongkah Buatan Kemaman Mushroom Sendiri,InsyaAllah. Otai² Sila Beri Tunjuk Ajar....


Tips Diguna pakai Cendawan Timur Yang Sempat Aku Igt.
1. Penutup peram hanya menggunakan kertas suratakhbar
2. Beliau tidak menggunakan penutup rehat, bongkah dibiarkan terbuka tanpa di rehatkan
3. Rak dibina senget dengan sokongan di belakang kerana apabila bongkah jd ringan ia cepat jatuh dgn binaan rak begini ini dapat dielakkan
4. Habuk kayu yang terlalu lama di dalam guni lebih mudah terkena jangkitan

banyak sebenarnya tp gua dh lupa la, lu PK la sendiri..hehehe nabil la plak..

Saturday, May 17, 2008

My First Mushroom




Cendawan pertama yang dipetik dari pilot projek aku adalah dari bongkah yang diberikan fatisha agrofarm bersama dengan DIY kit yang sampai di kemaman pada minggu lepas. Sebagaimana kebanyakkan sumber yang aku dapat selama ini memang terbukti bongkah yang telah matang akan menghasilkan cendawan penuh dalam masa empat hari. Bongkah yang pertama ini diletakkan bersama bongkah² lain so aku menyimpulkan bilik itu tiada masalah dari segi kesesuaian untuk pembesaran cendawan. Bongkah² yang lain pula masih menunggu maisilium memenuhi ruang, tapi kenapakah maisilium tidak seputih yang dihantar bersama DIY kit? putih nipis aje. Ada sesiapa boleh tolong jelaskan?


Minggu cuti sekolah ini aku akan balik ke kelantan hantar anak isteri bercuti di sana, aku cuti dua hari saja pasal nak simpan cuti bila wife aku bersalin anak kedua bulan tujuh nanti. Aku dah semakin yakin dengan market di sekitar rumah, pejabat aku, sekolah wife aku dan lagi²lah bila Pak Jeng (toke kedai runcit) setuju untuk menerima cendawan aku. Oleh itu walaupun masih menunggu hasil 200 bongkah dari chini agro matang, aku telah menempah lagi 200 bongkah dari cendawan timur di kelantan. Balik kampung antar anak isteri, balik kemaman bawak cendawan hehehehe. Penting tu utilizing source ngeh³...yang penting bujang 2 minggu hehehehe banyaknyeee aktiviti bujang dalam kepala hehe.



Yang Sebelah tu Baru Sehari

Maisilium Yang Bawah Tak Putih Sangat, Hampir Semua Bongkah Mcm Tu. Knape ek?

Nurul Iman Tihanie Turut Berminat



Ini Le Ropenye Cendawan Pertama Yang Kembang Dlm Bilik Teman


Kebetulan Buap Sotong Singgang/Sup Sotong Campak Terus Masuk Periuk Best.....

Friday, May 2, 2008

Pilot Projek Bermula

Pada pagi 1 Mei 2008 aku bersama rakan secompany (Fikri) bergerak ke chini agro jam 8.30 pagi perjalanan ke sana mengambil masa dalam 2 jam lebih. Pagi itu kami tersilap masuk simpang, sepatutnya kami masuk simpang sebelum stesen minyak petronas untuk ke chini timur tp awal² lg kami dh masuk simpang chini melalui mambang, masuk ke tasik chini baru pusing semula ke chini timur. Jalan boleh lalu tak sesat cuma sedikit jauh dr pelan yg disediakan oleh pihak chini agro.
Setibanya di sana sambutan Pak Din memang hangat, bersemangat beliau menceritakan pengalaman beliau di dalam projek cendawan ini. Bertubi² soalan yang aku dan Fikri lontarkan setiap satu dijawab dengan baik dan penuh keikhlasan. Kata perangsang dari Pak Din yang paling berkesan dihati aku adalah "anak berdua masih lagi muda peluang untuk mengorak langkah lebih jauh sangat tinggi,kalaulah dari dulu pakcik tahu tentang cendawan ni dah lama pakcik usahakan". Tp Pak Din masih lagi kuat, sihat berpengalaman, aku mendoakan agar Pak Din sekeluarga akan lebih berjaya.
Setelah meninjau sekeliling rumah melihat perkakas² yang chini agro gunakan, penyimpanan habuk kayu, steamer dan mixer kami bergerak ke ladang yang tidak jauh dari rumah Pak Din dalam beberapa ratus meter sahaja. Apa yang melucukan kereta aku kalah kepada proton saga Pak Din kerana tidak lepas ujian huhuhu maksud aku tak boleh sampai ke ladang kerana turun dari jalan utama pun bumper aku tak lepas tercalar dibuatnya tp tak apa itu dugaan namanye. Anak Pak Din membawa aku dan Fikri dengan motosikal. Setibanya di sana aku mengucapkan syukur sampai jua aku ke tempat yang hari² aku tatapi di dalam blog. Selepas mendengar taklimat Pak Din dan bersesi soal jawab beberapa ketika kami pun memunggah beg cendawan masuk ke kereta Pak Din, dua kali kerja kerana beg tersebut perlu dipindahkan pula ke dalam kereta aku yang lowered itu entah lepas entahkan tidak itulah yang bermain dibenakku pada masa itu.
Selepas kerja pemunggahan siap dilakukan aku pulang dengan perasaan yang tidak sabar untuk melihat beg cendawan tersusun diatas rak yang aku siapkan sendiri. Walaupun membuat rak tidak mencabar bagi sesetengah orang tp bagi aku yang tiada pengetahuan tentang kerja pertukangan kayu ini adalah suatu yang aku banggakan hehehe. Beg yang aku dapatkan dari chini agro baru berusia seminggu, bahagian hadapan telah terbentuk maisilium yang akan menakluk setiap penjuru dalam masa 35 hari. Sama² kita nantikan.

Sebarang komen, cadangan dan pendapat amat aku harapkan.


Rak Terpaksa Dibina Di Dalam Bilik, Pintu Kecik HuHuHu

Kegagalan Dalam Costing, Tapi Masih Boleh Digunakan Dalam Next Projek

Siap Akhirnya! Yatta!

Atas Nasihat Pak Din Tingkap Dan Cermin Atas Telah Aku Cabut huhuhu

Rumah Cendawan Chini Agro

Pak Din, Mengisi Beg Ke Dalam Bakul

Penuh...Tp Masih Tidak Cukup....

So Terpaksa Fikri Isi Di Depan, Oh Sayangnye Seat Aku HuHuHu Demi Cendawan..daijoubu!

Operasi Penyejukkan Setelah 2 Jam Lebih Terkukus

Pak Din Kata...Keluar Kereta, Susun Dan Siram Dengan Air Yang Halus (Jgn.Guna Hose)

Dugaan Kedua, Max.Stacking 6 Baris Sahaja Kalau Lebih Inilah Akibatnya

Selang Antara Rak Sepatutnya 2ft Sahaja, Aku Buat 3ft Kan Dah Rugi Ruang..Belajar Dari Kesilapan..hehehehe

Ruang Ini Akan Di Manafaatkan Sebagai Tempat Memproses Beg Sebelum Dimuatkan Di Dalam Rumah Yang Akan Dijadikan Rumah Cendawan InsyaAllah






Wednesday, April 30, 2008

Salam Pembukaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wujudnya blog adakah cendawan ini adalah titik permulaan yang sama dengan hubungan diantara aku dan cendawan. Aku telah tertarik kepada projek cendawan hanya pada beberapa bulan yang lepas namun kerana kesibukan rutin hidup seharian dan minat yg masih belum menebal cendawan aku ketepikan sehinggalah dua minggu lepas aku melakukan kajian yang tidak menyeluruh but enough to boost me up to have a try on cendawan/mushroom/kinoko.

Dikala beban hutang demi harta dimasa depan membelenggu, bagi aku menjalankan usaha sampingan dapat meringankan beban itu. Dengan semangat inilah disamping kata2 perangsang dari kawan2 baru yang hanya dikenali melalui alam maya aku memulakan pilot projek sebagai kajian dan latihan bagi diriku kerana belum sempat untuk menghadiri kursus.

Pilot projek akan aku lakukan di dalam sebuah bilik di rumah yang aku sekeluarga diami dan sekiranya berjaya next projek akan aku luaskan dengan mengisi beg cendawan di dalam rumah yang aku sewakan,penyewa kena pindah lah jawabnye hehehe tp itu belum tentu. Aku kena pastikan pilot projek sebanyak 200 beg medium yang telah diproses yang akan aku ambil besok di chini agro (promote nih huhu) membuahkan hasil. Rak yang telah aku bina semalam dianggarkan dapat memuatkan sebanyak 400 beg (hanya anggaran) di dalam sebuah bilik berukuran 12'x10' semoga berjaya hendaknya.

Sekiranya ada maklumat dan nasihat dari saudara/i amat saya alu2kan.